LONDON: Penyanyi yang juga pengadil siri X Factor, Cheryl Cole berkata, dia tidak mahu apa-apa daripada suaminya, Ashley Cole, kecuali anjing mereka jika mereka bercerai.
SAYANG...Cheryl bersama anjingnya, Coco.
Jika perkahwinan mereka selama tiga setengah tahun berakhir, Cheryl mahu proses perceraian itu dilakukan secara ‘senyap.Dia tidak mahu mengikut jejak langkah Heather Mills yang berusaha habis-habisan untuk mendapatkan sebahagian daripada harta milik Paul McCartney apabila mereka bercerai.
Cole yang berpendapatan 4.26 juta paun (RM23 juta) hasil kontraknya dengan Chelsea sahaja, lebih kaya berbanding Cheryl.
Bagaimanapun, Cheryl sudah bersedia untuk berpisah tanpa apa-apa kecuali anjing mereka, Coco dan Buster.
Dalam satu temuramah tahun lalu, penyanyi kumpulan Girls Aloud itu berkata, dia hanya mempercayai ibunya, Joan Callaghan dan kedua-dua anjing itu.
Rakannya berkata, perpisahan yang akan membawa kepada perceraian pasangan itu dijangka berlaku cepat dan ‘tidak menyakitkan.’ Cheryl masih belum melantik peguam untuk mewakilinya dalam prosiding itu kelak
0 comments:
Post a Comment