Selamat Datang!! Alif Dapat RM1029 Bulan ini Dgn Blog ni..CARANYA? Klik Adertlets Bawah ni

Showing posts with label Gossip/Berita Artis Today. Show all posts
Showing posts with label Gossip/Berita Artis Today. Show all posts

Sunday, March 14, 2010

Betul Ke Aku Nak Kawin Dgn Dia nih..Umie Aida

Hampir batal perkahwinan

"kawin...??tak nak.Kawin...??tak nak.Kawin tak nak..??*&^%^$ ishhh..betul ke aku nak kawin ni..keliru nya.Best ke kawin nih.Best kot..ahhh kawin jer la"

Click advertlets / read more for download
100 Exclusive Ringtones Best..!! Tak perlu bayar




2010/03/15

MAKKAH: Aktres popular, Umie Aida atau Umi Khalsum Rahmad Ali nyaris membatalkan pernikahannya dua hari sebelum rombongan keluarga dan rakan karibnya berangkat ke Tanah Suci Makkah.
Menurut pelakon berusia 36 tahun itu, keputusan berkenaan hampir diambil berikutan perasaannya yang berbelah bagi serta bimbang tidak mampu mencintai bakal suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan seperti diharapkan. “Selepas majlis berinai berlangsung Isnin lalu, tiba-tiba saya merasakan hati ini berbelah bagi. Saya juga takut tidak mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri seperti diimpikan abang. “Barangkali perasaan itu hadir kerana saya pernah melalui pengalaman putus cinta,” katanya selepas majlis pernikahannya yang berlangsung jam 6.20 petang semalam (waktu tempatan). Namun, semua keraguan itu hilang apabila melihat kesungguhan Khairuddin membawa dia dan rombongannya ke Kota Makkah demi menunaikan hajat yang diimpikan selama ini. “Dari situ saya melihat kesungguhan abang untuk mengotakan janjinya bernikah di hadapan Kaabah walaupun terpaksa melalui proses yang agak rumit,” katanya. Pasangan mempelai itu dinikahkan jurunikah, Maruwan Zakaria, berwalikan abangnya, Ahmad Reedzuan dengan sekali lafaz. Pada majlis itu, Umie menerima mas kahwin berjumlah Saudi Riyal 1,818.18 (RM1,663.63) dan sebentuk cincin berlian. Umie kelihatan anggun mengenakan sepersalinan telekung rekaan Jovian Mandagie. Pada sebelah malamnya pula, pelakon utama filem Embun itu meraikan rombongan dalam satu majlis resepsi di sebuah restoran di hotel penginapan mereka. Rombongan ke tanah suci disertai seramai 20 orang termasuk ibu pengantin perempuan, Asmah Ali; kakaknya, Erma Fatima; penerbit, Ziela Jalil serta rakan terdekat. Sekembalinya ke tanah air, Umie akan mengadakan majlis resepsi di Hotel One World, Bandar Utama yang dijadualkan pada 28 Mac ini. Antara tetamu kehormat yang dijangka hadir, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali
Credit:hmetro.com.my



Read more...

Yey !! aku nak pergi..Wings&Search bergabung buat konsert

INI berita baik buat peminat dua grup gergasi Malaya! Search dan Wings akan mengadakan konsert dan bergabung dalam Konsert Double Trouble yang dijadualkan pada 1 Mei 2010.

Pastinya semua mat rock boleh ikut serta sebab tarikh tersebut merupakan cuti umum Hari Pekerja.
Click advertlets / read more for download
100 Exclusive Ringtones Best..!! Tak perlu bayar




Diva sendiri tidak sabar menunggu konsert yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur itu.

Malah Diva sudah mula menghafal balik lagu-lagu mereka, maklumlah memori Diva dah berkarat sikit.

Tapi Diva memang teruja membayangkan Awie dan Amy bergabung suara. Malah pemuzik handalan pujaan Diva pun berasal daripada dua grup tersebut. Diva paling tunggu lagu Gemuruh dan Ikutkan Saja. Ikut hati memang nak nyanyi kuat-kuat sampai habis suara.

Nak minta juga lagu Gema Di Inderaloka, Blues Ular Sawa dan Cakap Memang Murah.

Diva pasti kalau konsert itu terlestari seperti yang dirancangkan, itu adalah pengubat duka peminat Search yang pernah kecewa dengan konsert di Mont Kiara tidak lama dahulu.
Credit:kosmo.com.my
"PLEASE CLICK OUR SPONSOR Advertlets/Nuffnang AND COMMENT,IF DONT CLICK..THE POST WILL DIE!!"
"SERIUS !! SILA KLIK PENAJA KAMI Adertlets/nuffnag DAN KOMEN,KALAU TIADA RESPON..POST AKAN TAMAT !!"

www.syoknyadownload.blogspot.com ==> HomePage 

Read more...

Pemain Gitar Lalok dan Mencuri rumah Jiran


Sambil2 tu layan video lucu budak ni.view dah 15 juta lebih..huhu
2010/03/14

DAMANSARA: Seorang pemain gitar kumpulan rock terkenal tanah air yang juga ‘kaki lalok’ ditahan polis selepas dikesan cuba memecah masuk rumah jirannya bagi melakukan samun di Flora Damansara, di sini, tengah malam semalam.

Click advertlets / read more for download
100 Exclusive Ringtones Best..!! Tak perlu bayar



Sumber berkata, jiran terbabit melaporkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan sebelum suspek dikepung dan ditahan.


“Susulan penahanan lelaki terbabit, pihak kawalan keselamatan pangsapuri itu segera menghubungi polis sebelum dia diserahkan untuk tindakan lanjut. Difahamkan, ketika ditahan, polis menemui peralatan tiub menghisap dadah di dalam beg pinggang miliknya,” katanya.


Suspek yang berambut panjang dibawa ke Balai Polis Mutiara Damansara.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan penangkapan berkenaan.

Katanya, suspek didapati positif dadah selepas menjalani ujian air kencing.


Menurutnya, suspek adalah abang kepada seorang lagi pemain gitar kumpulan rock sama terkenal awal 1990-an yang turut diburu polis selepas dikaitkan dengan kes mencuri di pangsapuri sama pada 27 Julai lalu.


Dalam kejadian sebelum ini, adik suspek dikehendaki polis selepas dikaitkan dengan tindakan melarikan barang berharga, termasuk sebuah kereta bernilai hampir RM25,000 milik seorang penghuni yang menyewakan rumah kepadanya.


Dalam kejadian itu, mangsa, Jukhairul Azar Hamzah, 27, yang menyewakan satu bilik kepada pemuzik terbabit terkejut apabila mendapati Perodua Kancilnya dilarikan ketika dia tidur bersama isteri.


Gitar elektrik kesayangan mangsa dan dua komputer riba di ruang tamu turut dilarikan.

"PLEASE CLICK OUR SPONSOR Advertlets/Nuffnang AND COMMENT,IF DONT CLICK..THE POST WILL DIE!!"
"SERIUS !! SILA KLIK PENAJA KAMI Adertlets/nuffnag DAN KOMEN,KALAU TIADA RESPON..POST AKAN TAMAT !!"

www.syoknyadownload.blogspot.com ==> HomePage 

Read more...

Thursday, March 11, 2010

Nabil Berkhalwat...konon hantar makanan.

Lu pikir lah sendiri..Hari ni dah masuk berita bab khalwat pulak.Wartawan sentiasa benar atau tak benar..

Click advertlets / read more untuk selanjutnya
 


KUALA LUMPUR - Belum selesai isu disaman RM2 juta oleh syarikat filem SDAF Pictures, pelawak popular, Nabil kini berhadapan pula dengan kontroversi beliau dikatakan berkhalwat dengan kekasihnya yang juga pelakon, Irma Hashmie.
Pasangan itu bercinta sejak akhir 2008 didakwa sering dilihat di apartmen Irma di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 27, tampil menafikan tohmahan itu dengan menegaskan, beliau sama-sekali tidak akan melakukan perbuatan yang memalukan diri dan keluarga.
Juara Raja Lawak musim kedua itu bagaimanapun mengakui beliau sering mengunjungi rumah Irma kerana menghantar makanan atau membawa keluar pelakon itu.
Credit:kosmo.com.my



Please Click our sponsor Advertlets in the front of page if dont click..The post will die!!
www.syoknyadownload.blogspot.com ==> HomePage 

Read more...

Saturday, February 27, 2010

Cheryl Lebih sayang anjing dari boyfriend

LONDON: Penyanyi yang juga pengadil siri X Factor, Cheryl Cole berkata, dia tidak mahu apa-apa daripada suaminya, Ashley Cole, kecuali anjing mereka jika mereka bercerai.
http://i.telegraph.co.uk/telegraph/multimedia/archive/01470/cheryl_1470659i.jpg
 
SAYANG...Cheryl bersama anjingnya, Coco.
Jika perkahwinan mereka selama tiga setengah tahun berakhir, Cheryl mahu proses perceraian itu dilakukan secara ‘senyap.

Dia tidak mahu mengikut jejak langkah Heather Mills yang berusaha habis-habisan untuk mendapatkan sebahagian daripada harta milik Paul McCartney apabila mereka bercerai.
Cole yang berpendapatan 4.26 juta paun (RM23 juta) hasil kontraknya dengan Chelsea sahaja, lebih kaya berbanding Cheryl.

Bagaimanapun, Cheryl sudah bersedia untuk berpisah tanpa apa-apa kecuali anjing mereka, Coco dan Buster.
Dalam satu temuramah tahun lalu, penyanyi kumpulan Girls Aloud itu berkata, dia hanya mempercayai ibunya, Joan Callaghan dan kedua-dua anjing itu.

Rakannya berkata, perpisahan yang akan membawa kepada perceraian pasangan itu dijangka berlaku cepat dan ‘tidak menyakitkan.’ Cheryl masih belum melantik peguam untuk mewakilinya dalam prosiding itu kelak





Read more...