Selamat Datang!! Alif Dapat RM1029 Bulan ini Dgn Blog ni..CARANYA? Klik Adertlets Bawah ni

Monday, March 8, 2010

10 lelaki rogol gadis usia 16 thn


JOHOR BAHRU: Sambutan Aidilfitri seorang gadis berusia 16 tahun berakhir tragedi apabila menjadi mangsa buas sekumpulan kira-kira 10 lelaki yang memukulnya hingga pengsan, sebelum dipercayai merogolnya secara bergilir-gilir di sebuah rumah kosong di Taman Dahlia, malam kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, gadis berkenaan dalam perjalanan pulang dari sebuah kafe siber di Bandar Baru Uda.

Ketika dalam perjalanan pulang itu, sebuah Proton Waja berwarna putih dinaiki empat lelaki berhenti.

Empat lelaki itu kemudian memaksa remaja berkenaan menyerahkan wang dan telefon bimbitnya kepada mereka.

“Apabila remaja itu enggan, dia dicucuh dengan puntung rokok dan kerana takut, remaja berkenaan menuruti arahan mereka.

“Selepas menyerahkan wang dan telefon bimbitnya, seorang daripada lelaki itu menarik mangsa masuk ke dalam kereta dan membawanya ke sebuah rumah di Taman Dahlia.

“Apabila tiba di rumah berkenaan, remaja itu mendakwa ada lebih 10 lelaki menunggu sebelum dia dipukul hingga pengsan,” kata sumber itu.

Gadis berkenaan yang sedarkan diri kira-kira jam 3 pagi semalam, terkejut apabila mendapati kemaluannya sakit selain mempunyai kesan darah dan seorang lelaki datang memulangkan kad pengenalannya.

Seorang daripada lelaki itu menghantar mangsa pulang ke Bandar Baru Uda, sebelum remaja itu membuat laporan polis di Balai Skudai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Deputi Superintendan Mohd Akhir Ishak, bagaimanapun tidak dapat dihubungi bagi mengulas kejadian itu
Credit:hmetro.com.my


Please Click our sponsor Advertlets in the front of page if dont click..The post will die!!

0 comments: