Selamat Datang!! Alif Dapat RM1029 Bulan ini Dgn Blog ni..CARANYA? Klik Adertlets Bawah ni

Sunday, March 7, 2010

7 lelaki dicari polis berhubung kes rogol serah diri

  
gambar hiasan
7 lelaki dicari polis berhubung kes rogol serah diri
TAPAH: Tujuh daripada sembilan lelaki yang dicari polis bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun Ahad lalu di Taman Rekreasi Air Panas Felda Sungai Klah, Sungkai, di sini, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah malam tadi.



Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad, berkata ketujuh-tujuh mereka ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.

“Ketujuh-tujuh mereka datang serentak ke balai polis,” katanya di sini, hari ini.
Dalam kejadian Ahad lalu, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menjadi mangsa rogol bergilir-gilir 14 lelaki di Taman Rekreasi Air Panas, Felda Sungai Klah.

Roslan berkata, susulan laporan yang dibuat oleh mangsa, polis menahan lima suspek berumur antara 15 hingga 29 tahun di sekitar Sungkai Khamis lalu dan mereka ditahan reman sehingga 10 Mac.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Balai Polis Tapah di talian 05-4015222. - Bernama

credit:bharian.com.my

0 comments: