Selamat Datang!! Alif Dapat RM1029 Bulan ini Dgn Blog ni..CARANYA? Klik Adertlets Bawah ni

Thursday, March 11, 2010

Akibat Cemburu lembu salah kandang-seremban

                                             

SEREMBAN: Hanya kerana lembu tersilap masuk kandang, seorang penjaga lembu cedera ditetak dalam satu kejadian di Sungai Gadut, di sini, Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mangsa berusia 28 tahun cedera ditetak dengan parang oleh seorang penternak lembu selepas berlaku perselisihan faham antara mereka berhubung haiwan berkenaan.

Click advertlets / read more untuk selanjutnya



Serangan itu dipercayai berlaku selepas mangsa masuk ke dalam kandang lhaiwan lelaki terbabit kerana mahu mengambil kembali seekor lembu jagaannya yang tersilap masuk ke kandang itu.


Bagaimanapun, suspek menyangka mangsa masuk ke dalam kandang untuk mencuri lembu menyebabkan dia menyerang lelaki terbabit menggunakan parang.


Suspek dikatakan datang dari arah belakang lalu menghayun parang ke arah mangsa menyebabkan lelaki itu cedera di tangan kanan kerana cuba menahan tetakan.


Tidak cukup dengan itu, penternak lembu berusia 40-an turut memukul kaki kiri mangsa menggunakan belakang parang menyebabkan mangsa terpaksa melarikan diri bagi mengelak daripada terus dicederakan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata mangsa yang cedera mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis.


Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, polis percaya kejadian itu berpunca daripada seekor lembu jagaan mangsa tersalah masuk ke dalam kandang penternak terbabit.


“Bertindak atas laporan yang dibuat, polis menahan penternak lembu yang menetak mangsa tidak lama selepas itu dan dia kini direman.


“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya di sini, semalam.


Sementara itu, dalam kejadian berasingan pada hari yang sama, seorang lelaki diberkas selepas cuba melarikan beg tangan milik seorang pekerja Telekom Malaysia (TM) di surau Terminal One, di sini.


Menurutnya, ketika kejadian suspek berusia 28 tahun dikejar selepas dia mengambil beg sandang mengandungi peralatan komputer mangsa yang sedang bersembahyang.


“Lelaki yang berjaya diberkas itu kemudian diserah kepada polis untuk siasatan lanjut berhubung kejadian itu.


“Polis memuji tindakan orang ramai yang berjaya memberkas lelaki itu dan pada masa sama menasihatkan mereka supaya berhati-hati bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.
Credit:hmetro.com.my

Please Click our sponsor Advertlets in the front of page if dont click..The post will die!!
www.syoknyadownload.blogspot.com ==> HomePage

0 comments: