Selamat Datang!! Alif Dapat RM1029 Bulan ini Dgn Blog ni..CARANYA? Klik Adertlets Bawah ni

Wednesday, March 17, 2010

Pelajar 14 tahun jadi penari bogel


SOMERSET - Para pengunjung lelaki di kelab tarian lucah Shadow Lounge di sini begitu asyik memerhatikan seorang gadis di bawah pengaruh alkohol beraksi tanpa menyedari dia cuma berusia 14 tahun...
Click advertlets,Nuffnang / read more for download
100 Exclusive Ringtones Best..!! Tak perlu bayar






Gadis bawah umur itu turut melakukan tarian tiang dengan cuma memakai coli, seluar dalam dan stoking sambil diperhatikan dua wartawan akhbar The Sun.

Dia turut menawarkan khidmat tarian bogel di sebuah bilik khas dengan bayaran tambahan £20 (RM100) manakala pelanggan yang membayar £80 (RM402) dapat menyaksikannya melakukan tarian khas.

"Anda mesti mahu tahu," katanya apabila ditanya oleh salah seorang wartawan itu tentang keistimewaan tarian khas itu.

Gadis tersebut yang dirahsiakan identitinya ditemani oleh seorang rakan wanita yang juga berusia 14 tahun semasa bekerja di kelab berkenaan.

Ketika ditanya berhubung usianya oleh wartawan tersebut yang menyamar sebagai pelanggan, penari cilik itu cuba berbohong dengan menyatakan dia berusia 18 tahun.

Apabila soalan sama ditanya 30 minit kemudian, gadis itu mendakwa usianya ialah 19 tahun.

Namun siasatan awal oleh dua wartawan itu mendapati gadis itu berusia 14 tahun dan masih bersekolah.

"Ia menjijikkan, saya ingat dia bermalam di rumah rakannya," kata ibu penari itu apabila dia diberitahu berhubung aktiviti gelap anaknya.

Pihak polis ketika dihubungi pula berkata, mereka telah menerima aduan berhubung seorang gadis bawah umur mencari kerja di sebuah kelab tarian lucah dan kini merayu maklumat orang ramai untuk melengkapkan siasatan.

Undang-undang Britain melarang remaja bawah 18 tahun daripada bekerja di kelab tarian bogel. - Agensi





credit:kosmo.com.my

"PLEASE CLICK OUR SPONSOR Advertlets/Nuffnang AND COMMENT,IF DONT CLICK..THE POST WILL DIE!!"
"SERIUS !! SILA KLIK PENAJA KAMI Adertlets/nuffnag DAN KOMEN,KALAU TIADA RESPON..POST AKAN TAMAT !!"

www.syoknyadownload.blogspot.com ==> HomePage 

1 comments:

Faris said...

gile... 14thn dh jadi penari bogel...!!