Selamat Datang!! Alif Dapat RM1029 Bulan ini Dgn Blog ni..CARANYA? Klik Adertlets Bawah ni

Friday, March 19, 2010

Remaja Lelaki Di Bogelkan Dalam Ladang Kelapa Sawit

Diseksa sehari suntuk

Dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Wan turut diseksa apabila kemaluannya dilastik dengan getah, tapak kaki dilibas dengan tali pengikat lembu, lutut dipijak selain dipukul di kepala dan badan oleh sekumpulan tujuh lelaki dalam ladang kelapa sawit.
Click advertlets,Nuffnang / read more for download
100 Exclusive Ringtones Best..!! Tak perlu bayar









JITRA: Seorang pemuda berusia 22 tahun terpaksa melalui tempoh 24 jam yang menakut dan mengaibkan apabila dia diculik sekumpulan lelaki sebelum dikurung, dibelasah, didera dan dibogelkan dalam kejadian di Bukit Selambau dekat Sungai Petani, baru-baru ini.
Dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Wan turut diseksa apabila kemaluannya dilastik dengan getah, tapak kaki dilibas dengan tali pengikat lembu, lutut dipijak selain dipukul di kepala dan badan oleh sekumpulan tujuh lelaki dalam ladang kelapa sawit.


Selepas didera, mangsa diminta menandatangani surat akujanji tidak melaporkan perbuatan kejam itu kepada polis dan mereka turut mengugut akan mencederakannya dan keluarga jika melanggar perjanjian berkenaan.


Selain didera dan dimalukan, mangsa turut dirompak apabila telefon bimbit dan wang tunai RM20 miliknya dirampas kumpulan lelaki terbabit sebelum mereka meninggalkannya di stesen bas Sungai Petani kira-kira jam 12 tengah malam, 28 Oktober lalu.


Menceritakan detik menakutkan itu, Wan dari Kampung Salit, dekat sini, berkata dia memandu bersendirian di Paya Kemunting di sini sebelum keretanya dipintas sebuah kenderaan pacuan empat roda dinaiki tiga lelaki berusia 30-an kira-kira jam 2 pagi pada 27 Oktober.


Katanya, dia kemudian diheret masuk ke dalam pacuan empat roda berkenaan sebelum dibawa ke sebuah rumah di Bukit Selambau dan dikurung dalam bilik.

“Keesokannya, kira-kira jam 3 petang, saya dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit tidak jauh dari rumah berkenaan sebelum dibogel dan dibelasah tujuh lelaki berusia 20-an dan 30-an,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Katanya, kejadian itu turut dirakamkan menerusi telefon bimbit oleh seorang daripada lelaki terbabit untuk memalukannya.


Difahamkan, rakaman sepanjang empat minit 51 saat itu sudah disebarkan pihak tertentu menerusi telefon bimbit termasuk di laman Internet You Tube sejak Disember lalu.


Wan berkata, dia menerima rakaman itu menerusi telefon bimbit yang dihantar rakannya pada 13 Januari lalu.


Rakaman itu menunjukkan dia dalam keadaan bogel disuruh berendam dalam sebuah anak sungai di ladang kelapa sawit sebelum dibelasah termasuk ditendang di belakang leher dan badan.


Wan berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada hubungannya dengan seorang gadis berusia 20 tahun yang juga adik kepada seorang daripada lelaki yang menderanya itu, sejak Mei tahun lalu.


“Mereka mendakwa saya merogol dan memukul gadis itu sedangkan saya tidak melakukannya. Mereka juga mendakwa saya mengajarnya minum arak dan berhibur di kelab malam.


“Memang saya pernah memarahinya kerana dia curang dan keluar dengan lelaki lain. Saya sendiri bertanya kepadanya dan dia mengaku pernah mabuk dan berhibur bersama lelaki lain. Saya tak pernah memukulnya, tambahan pula hubungan kami diketahui ibu bapanya,” katanya.


Katanya, jika benar dia melakukan perkara itu, mereka sepatutnya membuat laporan polis dan bukannya bertindak sesuka hati menderanya.


Dia yang ketakutan akibat kejadian itu dan kesal apabila rakaman video berkenaan disebarkan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di sini pada 14 Januari lalu sebelum satu lagi laporan dibuat di IPD Kuala Muda, Sungai Petani, keesokan hari.

Katanya, dia turut kesal kerana sehingga kini belum ada mana-mana suspek ditahan atau disiasat polis walaupun dia sudah memberi keterangan dan bukti kukuh.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan masih dijalankan.
credit:hmetro.com.my




"PLEASE CLICK OUR SPONSOR Advertlets/Nuffnang AND COMMENT,IF DONT CLICK..THE POST WILL DIE!!"
"SERIUS !! SILA KLIK PENAJA KAMI Adertlets/nuffnang DAN KOMEN,KALAU TIADA RESPON..POST AKAN TAMAT !!"
www.syoknyadownload.blogspot.com ==> HomePage 

0 comments: