Selamat Datang!! Alif Dapat RM1029 Bulan ini Dgn Blog ni..CARANYA? Klik Adertlets Bawah ni

Thursday, March 11, 2010

"Aku Bodoh" Kahwinkan anak usia 11 tahun


Seperti di pukau memang tak layak untuk tajuk sebenar berita ini.Sebab biasa nya "dipukau" ini untuk menutup malu setelah kesilapan di ketahui ramai.Seperti trend sekarang..kalau cuai,atau tamakkan hadiah dari sindiket gores menang..kemudian jadi mangsa.Mulalah gelabah letak alasan dipukau.
KOTA BHARU: “Saya macam dipukau dan hanya menurut perintahnya,” dakwa Hussin Mat Salleh, 54, yang menikahkan anak perempuannya, Siti Nur Zubaidah, 11, untuk dijadikan isteri keempat seorang rakan jemaahnya di sebuah madrasah berhampiran Masjid Besar Machang pada 19 Februari lalu

Click advertlets / read more for download/baca lagi
100 Exclusive RingtonesBest..!!Tak perlu bayar



RINDU...Hussin dan isteri, Siti Sarnan Mat Ali menunjukkan gambar Siti Nur Zubaidah Hussin berkata, dia baru mengenali rakan jemaahnya yang berusia 41 tahun itu, tiga hari sebelum berlangsungnya pernikahan berkenaan.
“Dia kata ini ikut sunnah Nabi, jadi saya setuju saja tanpa sempat berfikir panjang,” katanya.

Sehari selepas majlis pernikahan itu yang tidak dihadiri Siti Nur Zubaidah, katanya, dia bersama ‘menantunya’ itu pulang ke rumahnya di Kampung Jelawang, Dabong, Kuala Krai untuk membawa anaknya ke rumah isteri kedua lelaki itu.

Hussin berkata, pada mulanya Siti Nur Zubaidah enggan menurut perintah dan menangis tidak mahu mengikut 'suaminya'.
“Bagaimanapun, selepas dipujuk dan berjanji akan pulang pada hari yang sama, dia menurut perintah dan keluar dari rumah pada 20 Februari lalu.

“Bagaimanapun, sehingga kini dia belum pulang selepas dibawa ‘suaminya’ dan kami tidak tahu di mana Siti Zubaidah. Saya memohon agar dia dikembalikan kerana Siti Nur Zubaidah terlalu muda dan masih belajar,” katanya.

Hussin berkata dia akan berusaha menjejaki anak kedua daripada enam beradik itu dan cuba mendapat bantuan pelbagai pihak untuk membawanya kembali ke pangkuan keluarga.

“Sekiranya ada sesiapa yang menjumpai atau ternampak Siti Nur Zubaidah bolehlah menghubung saya di talian 013-2272755,” katanya.

Berikutan itu, Hussin membuat permohonan mufarakah (dipisahkan) di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada kira-kira jam 4 petang semalam bagi membolehkan pasangan terbabit dipisahkan sementara.

Katanya, tuntutan mufarakah itu difailkan berikutan pernikahan Siti Nur Zubaidah dengan lelaki itu belum diketahui status sama ada sah atau sebaliknya.

Sementara itu, Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Abu Bakar Abdullah Kutty mengesahkan ibu bapa Siti Nur Zubaidah membuat tuntutan mufarakah di mahkamah bagi mengasingkan anak perempuan mereka dengan ‘suaminya’.

Katanya, siasatan lanjut akan dilakukan dan jika disabit kesalahan, seseorang sama ada bapa atau ‘suami’ Siti Zubaidah boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002 Mahkamah Tinggi Syariah.

Peruntukan mengikut enakmen terbabit membolehkan individu didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara.

“Perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun sepatutnya didaftarkan di mahkamah terlebih dulu dengan mengemukakan alasan kukuh.

“Sekiranya siasatan mendapati perkahwinan kanak-kanak itu ada unsur paksaan atau kepentingan, kita akan mengambil tindakan,” katanya.

Credit:hmetro.com.my

Please Click our sponsor Advertlets in the front of page if dont click..The post will die!!
www.syoknyadownload.blogspot.com ==> HomePage 

3 comments:

TiKa LEh said...

kesian nye budak tu kena kwen..lum amek upsr lg..huhuuh...

alif said...

TiKa LEh berkata...

kesian nye budak tu kena kwen..lum amek upsr lg..huhuuh...
2010 Mac 12 00:23
_____________________________________________
Yer la tika..alif tumpang simpati pada mak dia..
kesian

Goldman said...

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Terima kasih.