Selamat Datang!! Alif Dapat RM1029 Bulan ini Dgn Blog ni..CARANYA? Klik Adertlets Bawah ni

Friday, March 12, 2010

"Paksu" Bukak Seluar Dalam Budak 9thn


Bapa saudaranya bertindak membuka pakaian dan seluar dalamnya serta meraba kemaluannya tetapi tidak meneruskan niatnya selepas menyedari kehadiran nenek mangsa.
Click advertlets / read more for download/baca lagi
100 Exclusive RingtonesBest..!!Tak perlu bayar


2010/03/12TANJUNG MALIM: Seorang murid tahun enam yang masih belajar di sebuah sekolah rendah mendakwa dicabul bapa saudaranya yang berusia 17 tahun dan masih bersekolah sejak berusia dia sembilan tahun lagi.
Oleh kerana tidak tahan dengan perlakuan bapa saudaranya yang dipanggil ‘Pak Su’ itu, beliau mengadu kepada pihak pentadbir sekolahnya pada 8 Mac lalu yang kemudian membawanya ke hospital berdekatan untuk membuat pemeriksaan sebelum membuat laporan polis.


Ketua polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Mohd Ali Mat Nayan, berkata siasatan awal mendapati mangsa cuba dicabul sekali lagi pada 6 Mac lalu ketika tidur di ruang tamu di rumahnya kira-kira jam 1 pagi.


Katanya, pelajar itu mendakwa bapa saudaranya bertindak membuka pakaian dan seluar dalamnya serta meraba kemaluannya tetapi tidak meneruskan niatnya selepas menyedari kehadiran nenek mangsa.


“Selepas menyedari neneknya sudah ke dapur, suspek sekali lagi menghampiri mangsa buat kali ke dua dan cuba mencabulnya tetapi tidak berjaya,” katanya, semalam.


Bagaimanapun, cubaan kali kedua juga tidak berjaya kerana nenek mangsa sekali lagi muncul dan kebetulan lalu di ruang tamu itu menyebabkan bapa saudaranya terus beredar.

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan serta menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital dan belum ada sebarang tangkapan dilakukan susulan aduan itu.


Dalam perkembangan lain, polis menahan tiga pemandu lori dan dua kelindan berusia 25 tahun dan 51 tahun apabila didapati positif dadah di dalam Ops Narkotik dan Trafik di kawasan rehat tol lama Slim River, semalam.


Operasi itu diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah, Asisten Superintendan Johari Wan Chik bersama Ketua Trafik daerah Cif Inspektor Ahmad Sabri Saidin yang membuat ujian saringan air kencing ke atas 42 pemandu dan kelindan lori.


“Hasil ujian itu, tiga pemandu lori dan dua kelindan disahkan positif dadah serta ditahan untuk tujuan siasatan.


“Tindakan pemandu lori serta kelindan itu amat dikesali kerana perbuatan mereka boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Please Click our sponsor Advertlets in the front of page if dont click..The post will die!!
www.syoknyadownload.blogspot.com ==> HomePage 

2 comments:

Syafiq Kadiran said...

keji btol manusia skunk ni...

alif said...

Syafiq Kadiran berkata...

keji btol manusia skunk ni...
2010 Mac 12 01:16
_________________________________________-

Memang keji dan kejam.
tapi yg penting kita kena peka dan bertanggungjawab dgn sekeliling kita.