Selamat Datang!! Alif Dapat RM1029 Bulan ini Dgn Blog ni..CARANYA? Klik Adertlets Bawah ni

Monday, March 8, 2010

Budak 12 dirogol

                                                                  gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dia bukan saja dirogol bergilir-gilir, malah budak perempuan berusia 12 tahun itu mengalami trauma selepas diugut dua perogol durjana terbabit supaya merahsiakan kejadian berkenaan jika tidak mahu jarinya dipotong.



Difahamkan, mangsa yang ketakutan terpaksa mendiamkan diri selama hampir sebulan tanpa menceritakan hal sebenar kepada sesiapa bahawa dia dirogol berikutan ugutan berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa yang tidak tahan lagi untuk menyimpan rahsia hitam itu kemudian memberanikan diri meluahkan kepada keluarganya sebelum akhirnya dia membuat laporan polis di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang pertengahan bulan lalu, remaja terbabit mendakwa dipujuk dua lelaki yang dikenali ketika di rumahnya sebelum dipaksa mengikut mereka ke satu tempat.

Menurut sumber, mangsa yang naif itu akhirnya termakan pujukan kedua-dua lelaki durjana terbabit dan mengikut mereka ke sebuah rumah kosong di kawasan flet di Pantai Dalam di sini.

“Pada kira-kira jam 4.20 petang, mangsa mendakwa dibawa dua lelaki itu ke satu tempat yang tidak dapat diingati nombor rumah dan tingkat.

“Apabila tiba di sana, remaja perempuan itu ditarik seorang daripada lelaki terbabit ke sebuah bilik secara paksa sebelum dia dirogol.

“Mangsa cuba melawan suspek selepas ditolak masuk ke bilik, tapi tidak berjaya,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit yang sudah memuaskan nafsu serakahnya kemudian keluar dari bilik berkenaan membiarkan mangsa sendirian.

“Selepas dia (mangsa) dirogol, seorang lagi rakan lelaki terbabit tiba-tiba memasuki bilik sebelum melakukan perbuatan sama.

“Kedua-dua lelaki itu terus meninggalkan mangsa di bilik kosong berkenaan sebelum mengingatkan remaja perempuan terbabit supaya tidak memberitahu sesiapa mengenai hal itu,” katanya.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit turut bertindak agresif apabila mengugut akan memotong jari mangsa jika kejadian rogol itu tersebar kepada orang lain terutama keluarga.

“Mangsa yang ketakutan hanya mendiamkan diri sepanjang tempoh itu kerana ugutan lelaki terbabit yang mereka mahu memotong jari mangsa,” katanya.

Namun, pada Jumaat lalu, mangsa menjadi berani lalu menceritakan hal berkenaan kepada keluarganya sebelum membuat laporan polis.

Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit ditahan pihak berkuasa Sabtu lalu untuk membantu siasatan.

Credit:hmetro.com.my

Please Click our sponsor Advertlets in the front of page if dont click..The post will die!!

1 comments:

Anonymous said...

lahanatnye prangai~