Selamat Datang!! Alif Dapat RM1029 Bulan ini Dgn Blog ni..CARANYA? Klik Adertlets Bawah ni

Monday, March 8, 2010

Gadis berusia belasan tahun-lagi jadi mangsa

   
gambar hiasan
SUBANG JAYA: Seorang pelayan pelanggan (GRO) membuat laporan polis mendakwa dirogol di sebuah hotel di Bandar Sunway di sini, minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, gadis berusia belasan tahun itu mendakwa termakan pujukan lelaki baru dikenalinya untuk ke bilik hotel berkenaan tanpa menyedari niat terselindung suspek untuk meragut mahkota sulitnya.


Sumber berkata, ketika berada di bilik hotel, pelayan pelanggan itu dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek.

Menurutnya, GRO itu tidak berani melawan dan terpaksa merelakan dirinya menjadi pemuas nafsu lelaki terbabit.

“Kejadian kedua pula berlaku Khamis lalu apabila mangsa menerima ajakan suspek untuk keluar bersiar-siar.

“Mangsa dibawa dengan sebuah kereta sehingga tiba di satu kawasan sunyi di Taman Kinrara, Puchong di sini,” katanya.

Beliau berkata, wanita itu mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek dalam kereta.

Katanya, mangsa yang takut sekali lagi terpaksa menjadi pemuas nafsu lelaki terbabit.

“Marah dengan perlakuan suspek, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Bandar Sunway.

“Siasatan awal mendapati mangsa berkenalan dengan suspek di sebuah pub di Puchong,” katanya.

Sumber itu berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai laporan yang dibuat mangsa.

Menurutnya, setakat ini belum ada tangkapan dilakukan dan suspek terbabit masih dikesan.

Berikutan itu, orang ramai terutama wanita dinasihatkan lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tipu helah lelaki hidung belang bagi mengelak menjadi mangsa.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-89481421 atau balai polis berhampiran.
Credit:hmetro.com.my


Please Click our sponsor Advertlets in the front of page if dont click..The post will die!!

0 comments: