Selamat Datang!! Alif Dapat RM1029 Bulan ini Dgn Blog ni..CARANYA? Klik Adertlets Bawah ni

Monday, March 8, 2010

Cikgu cabul murid


AMPANG JAYA: Tugasnya sebagai pendidik disalahgunakan seorang guru apabila dia didakwa mencabul pelajarnya sendiri di sebuah sekolah rendah di sini.

Guru terbabit yang berusia 50-an sering mengambil kesempatan terhadap beberapa muridnya menyebabkan seorang mangsa berusia 13 tahun yang tidak tahan dengan perangai jijik itu membuat laporan polis.

Walaupun kejadian itu berlaku tahun lalu, murid perempuan berkenaan baru menyedari yang perbuatan dilakukan bekas gurunya satu kesalahan berikutan dia masih mentah ketika itu.

Namun, selepas beberapa kejadian diceritakan rakan kepadanya yang turut mengalami keadaan sama, gadis berkenaan melaporkannya kepada polis.

Menurut sumber, pelajar berkenaan dipegang di bahagian punggung ketika diminta guru terbabit memasukkan data nama murid dalam komputer ketika dalam makmal di sekolahnya.

Malah, guru itu juga mengumpan murid berkenaan dengan membelikannya pakaian baru sebelum meminta mangsa menyalin baju dalam makmal dan mengambil gambar gadis sunti terbabit.

“Guru berkenaan memberi alasan mahu mengambil gambar sebagai kenangan kepada mangsa, namun dia meminta murid itu memakai pakaian yang agak seksi dan menghairahkan.

“Murid terbabit ketika itu hanya mengikut arahan guru berkenaan dan langsung tidak mengesyaki sebarang perkara buruk yang dicuba dilakukan gurunya itu,” katanya.

Sumber itu berkata, taktik guru terbabit akhirnya terbongkar apabila beberapa murid lain yang juga rakan mangsa berkongsi cerita kejadian sama.

Malah, difahamkan murid terbabit turut menceritakan kejadian yang menimpa mereka itu kepada beberapa guru lain di sekolah itu.

“Guru yang mendengar cerita murid itu terkejut dan menasihati semua mangsa membuat laporan polis.

“Namun, hanya seorang mangsa yang membuat laporan berikutan beberapa murid lain enggan memanjangkan cerita,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.
Credit:hmetro.com.my


Please Click our sponsor Advertlets in the front of page if dont click..The post will die!!

0 comments: