Selamat Datang!! Alif Dapat RM1029 Bulan ini Dgn Blog ni..CARANYA? Klik Adertlets Bawah ni

Tuesday, March 9, 2010

Lelaki dituduh liwat budak 10 thn di tandas masjid

                                                         gambar hiasan
Isnin Mei 28, 2007
Lelaki dituduh liwat budak di tandas masjid

IPOH: Seorang kerani di firma guaman, yang bakal melangsungkan perkahwinan pada Jumaat ini, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak berusia 10 tahun awal tahun ini.

Click advertlets / read more for download



Dalam pertuduhan pertama, lelaki 32 tahun itu menafikan terlibat mengadakan hubungan seks di luar tabie terhadap kanak-kanak itu di dalam sebuah kereta di belakang Bank Rakyat, Taman Kledang Raya di Silibin.

Kesalahan itu didakwa dilakukan suatu hari bulan Februari lepas di antara 6 petang hingga 7.30 petang.

Tertuduh juga tidak mengaku bersalah meliwat kanak-kanak yang sama di tandas sebuah masjid di Taman Silibin di sini pada waktu yang sama pada Mac lepas.

Dalam pertuduhan ketiga, tertuduh minta dibicarakan terhadap dakwaan meliwat kanak-kanak itu tiga kali di dalam kereta yang sama di kawasan pagar sebuah masjid di Taman Kledang, Ipoh antara Mac hingga Mei tahun ini.

Timbalan Pendakwa Raya How May Ling meminta mahkamah menolak ikat jamin kerana kesalahan itu dianggap serius menurut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Hakim Tan Hooi Leng menetapkan RM8,000 untuk setiap pertuduhan dan memberikan amaran kepada tertuduh agar tidak mengganggu saksi-saksi.

Beliau menetapkan tarikh perbicaraan pada 8 dan 9 Oktober.
credit:mstar.com.my
Please Click our sponsor Advertlets in the front of page if dont click..The post will die!!
www.syoknyadownload.blogspot.com ==> HomePage

0 comments: