Selamat Datang!! Alif Dapat RM1029 Bulan ini Dgn Blog ni..CARANYA? Klik Adertlets Bawah ni

Tuesday, March 9, 2010

Liwat budak dua tahun

                                                                   gambar hiasan
Suspek liwat budak dua tahun diburu
KUALA TERENGGANU 20 April – Polis memburu seorang suspek yang dipercayai cuba menculik dan meliwat budak berusia dua tahun di Kampung Burok, Permaisuri di Setiu, pada 11 April lalu.


Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Supritendan Shaikh Othman Abd. Hamid berkata, kejadian berlaku semasa mangsa sedang tidur bersama ibunya di dalam rumah mereka.

Click advertlets / read more for download




Katanya, insiden tersebut hanya disedari oleh ibu mangsa kira-kira pukul 5.20 pagi setelah mendapati anak bongsunya itu tiada di tempat tidurnya.


“Hasil pemeriksaan wanita itu mendapati pintu belakang rumahnya terbuka manakala tiga keping cermin tingkap telah diumpil.


“Wanita itu turut menemui lampin dan seluar anaknya di dapur,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata, wanita berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Permaisuri kira-kira pukul 6.18 pagi.


Katanya, bagaimanapun mangsa ditemui semula kira-kira 7.10 pagi pada hari sama selepas jiran menemui budak itu berkeliaran dengan hanya memakai tuala.


Shaikh Othman berkata, hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa mempunyai kesan luka dan lebam sebesar tiga sentimeter di bahagian duburnya.


“Suspek dipercayai cuba memasukkan kemaluannya dalam dubur budak itu namun tidak berjaya,” katanya.


Please Click our sponsor Advertlets in the front of page if dont click..The post will die!!
www.syoknyadownload.blogspot.com ==> HomePage

0 comments: