Selamat Datang!! Alif Dapat RM1029 Bulan ini Dgn Blog ni..CARANYA? Klik Adertlets Bawah ni

Sunday, March 7, 2010

Rogol warga emas

Bebas tuduhan rogol warga emas


MAT JAIS dibebas daripada tuduhan merogol warga emas yang juga teman wanitanya di Tok Uban, Pasir Mas, semalam.
Mahkamah Tinggi ketepi hukuman penjara, sebat

KOTA BHARU: Seorang lelaki yang pernah dua kali mengadakan hubungan seks secara sukarela dengan teman wanitanya, dibebaskan daripada tuduhan merogol wanita itu yang juga seorang warga emas lapan tahun lalu.







Mat Jais Mat Yusoof, 43, terlepas daripada hukuman penjara lima tahun dan enam sebatan, selepas Mahkamah Tinggi semalam membenarkan rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen pada 26 Julai 2007 yang mensabitkan kesalahan merogol warga emas berusia 57 tahun itu.


Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim mendapati Hakim Mahkamah Sesyen tersilap dalam keputusannya dan fakta yang dipertikaikan iaitu perayu dan mangsa dikategorikan sebagai pasangan kekasih, walaupun jarak usia yang ketara sepanjang perhubungan mereka.

"Hakim ketika akhir kes pembelaan sebelum ini, juga mendapati ada unsur paksaan iaitu menerima bulat-bulat keterangan mangsa pada hari kejadian dan bersetuju dengan keterangan mangsa iaitu persetubuhan dilakukan secara paksaan.

"Dalam kes ini, cukup jelas dan fakta tidak dipertikaikan perayu serta mangsa boleh dikatakan sebagai kekasih, walaupun usia perayu lebih muda daripada mangsa, di mana sebelum kejadian mempunyai hubungan intim dan mengikut mangsa sudah dua kali (melakukan hubungan) seks secara sukarela.
"Ketika kejadian, persetubuhan dilakukan tanpa rela, yang berlaku di dapur rumah, mangsa diheret, lakukan rogol ke atas mangsa, satu perkara yang penting dalam kes ini ialah akibat daripada perbuatan itu mangsa mengalami pendarahan teruk dan merujuknya ke hospital untuk dijahit kemaluan bagi menghentikan pendarahan, " katanya.

Katanya, jika mangsa tidak mengalami pendarahan sehingga terpaksa menerima jahitan, adakah wanita berkenaan akan membuat laporan terhadap Mat Jais.

"Maklumat juga mendapati ada kemungkinan akibat pendarahan itu, mangsa membuat laporan (mangsa) dirogol, sama ada betul atau tidak itu bukan persoalannya... saya dapati pihak perayu sudah timbulkan syak dalam kes itu, " katanya.

Mat Jais yang ketika kejadian berusia 35 tahun dituduh merogol warga emas berusia 57 tahun, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kepas, To' Uban, Pasir Mas, kira-kira jam 12 tengah hari pada 24 Julai 2002.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mat Jais diwakili peguam bela, Mohd Yusuf Yakob manakala pendakwa diwakili Timbalan Pendakwa Raya Wan Azimah Yaacob.
 Oleh Norliza Wasilan

norlizawasilan@bharian.com.my

 

0 comments: