Selamat Datang!! Alif Dapat RM1029 Bulan ini Dgn Blog ni..CARANYA? Klik Adertlets Bawah ni

Friday, March 12, 2010

Video/Gambar Bogel Artis Tersebar Di Internet Salah Sendiri,BUkan Salah Kami Hackers..Penggodam.


KUALA LUMPUR: Kelalaian dipercayai punca utama betapa mudahnya gambar di laman web sosial seperti Facebook atau Friendster terutama membabitkan golongan artis dan selebriti dalam keadaan tidak senonoh tersebar secara meluas di Internet sehingga menjadi penyebab mereka dikecam orang ramai.
Pengguna yang membiarkan privasi laman sosial tidak ketat dan terbuka kepada pengguna lain atau rakan siber sebenarnya meletakkan diri sebagai sasaran mudah pihak tertentu menyebarkan gambar di Internet.
Click advertlets / read more for download/baca lagi
100 Exclusive RingtonesBest..!!Tak perlu bayar



Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt Kol (B) Husin Jazri, berkata ada beberapa kemungkinan yang menjadi penyebab penyebaran gambar di laman sosial berlaku dan ia tidak semestinya digodam. “Gambar yang tersebar di Internet itu juga boleh diperoleh daripada sumber lain misalnya apabila kita menghantar komputer, telefon bimbit, atau kamera digital iaitu peralatan yang mempunyai media simpanan dan kad memori untuk diperbaiki, ada kemungkinan pihak memperbaiki itu boleh membuat salinan kandungan maklumat daripada media simpanan itu,” katanya yang dihubungi semalam ketika ditanya mengenai sama ada pengedaran gambar peribadi beberapa artis tertentu secara berleluasa di Internet berpunca daripada aktiviti penggodam.

Menurutnya, CyberSecurity Malaysia pernah menerima laporan insiden pengedaran gambar peribadi di Internet menerusi Pusat Bantuan Cyber999 membabitkan insiden gambar atau maklumat individu dimuatnaikkan atau dipergunakan tanpa kebenaran.

“Insiden seperti ini merangkumi lima peratus daripada laporan insiden berbentuk gangguan yang kami terima dan sepanjang tahun lalu, Pusat Bantuan Cyber999 menerima 3,564 laporan insiden dan daripada jumlah itu 174 berbentuk gangguan. “Lima peratus daripada 174 adalah kira-kira lapan atau sembilan insiden, tetapi masih ramai yang tidak tahu mereka boleh merujuk ‘gangguan’ itu ke Pusat Bantuan Cyber999, iaitu perkhidmatan awam yang disediakan CyberSecurity Malaysia,” katanya.

Husin berkata, selain daripada gangguan seperti ‘buli’ alam siber, insiden keselamatan siber seperti pencerobohan, cubaan menggodam, kod berbahaya contohnya virus dan cecacing, penolakan perkhidmatan dan kandungan yang tidak senonoh juga boleh dirujuk ke pusat itu.

“Mangsa boleh menghantar e-mel ke cyber999@cybersecurity.my iaitu alamat e-mel Pusat Bantuan Cyber999 untuk meminta pandangan dan nasihat bagaimana mengendalikan insiden apabila gambar mereka disalahgunakan tanpa kebenaran. “Sesetengah mangsa mengesyaki gambar mereka dimuat turunkan daripada laman sosial mereka dan dimuat naik ke laman web lain contohnya blog untuk mengganggu mangsa,” katanya.

Beliau berkata, apabila CyberSecurity Malaysia menerima aduan, pihaknya akan membantu mangsa mengendalikan insiden itu contohnya menghubungi penyedia perkhidmatan blog itu supaya mengeluarkan kandungan yang dipertikaikan kerana ia melanggar terma dan syarat.

Credit:hmetro.com.my

0 comments: