Selamat Datang!! Alif Dapat RM1029 Bulan ini Dgn Blog ni..CARANYA? Klik Adertlets Bawah ni

Saturday, February 27, 2010

Bunian Adnan hilang lagi

SUDAH setahun berlalu, namun belum menerima apa-apa khabar berita mengenai filem epik purba berjudul Bunian: Mahkota Seri Helang yang membariskan Nasha Aziz, Rusdi Ramli dan Ridzuan Hashim sebagai pelakon utama.
http://biliksebelah.files.wordpress.com/2009/10/hi_02-1.jpgRisik punya risik, khabarnya ada masalah besar melanda yang menyebabkan produksi arahan Jantan atau nama sebenarnya, Zahiril Izham Zainon itu tidak dapat diteruskan.  difahamkan, penyumbang modal menarik diri pada saat akhir tapi sebab musababnya tidaklah pula  tahu.


Dengarnya hampir RM300,000 dibelanjakan untuk kos pra-produksi, termasuk menempah telinga bunian dan membayar khidmat pakar solekan khas daripada luar negara.






Sayang seribu kali sayang kerana filem yang mengisahkan dunia bunian ini ada daya tarikan kuat dan kebetulan pula cerita epik dan fantasi menjadi trend pembikinan filem tempatan masa kini. Macam Hikayat Merong Mahawangsa arahan Yusry KRU yang mendapat sambutan hangat di European Film Market, Berlin pada 11 hingga 21 Februari lalu.


CAK berharap Adnan dapat mencari jalan penyelesaian dalam memastikan cita-cita besarnya tidak terkubur begitu saja.

0 comments: