Selamat Datang!! Alif Dapat RM1029 Bulan ini Dgn Blog ni..CARANYA? Klik Adertlets Bawah ni

Sunday, February 21, 2010

Telefon bimbit peranti keselamatan (Reading)

LIHAT saja antara tajuk akhbar dipaparkan di akhbar hampir setiap hari: Kerani kena ragut, Pelajar tendang kemaluan penculik, Peragut tikam mati mangsa, Ragut dalam kereta; Isteri diragut, suami maut; Budak balik tadika diculik dan Diculik, dikurung, didera.

JENAYAH...peningkatan kes membimbangkan masyarakat.
JENAYAH...peningkatan kes membimbangkan masyarakat.
sebelum - selepas
SEBAR MAKLUMAT...laman web bantu kesan suspek dan sebar berita. LAMAN SOSIAL...digunakan untuk jejak penjenayah.


SEBAR MAKLUMAT...laman web bantu kesan suspek dan sebar berita.
Tajuk terbabit bukan sekadar cerita kosong, namun ia realiti masyarakat di negara ini yang menggusarkan kehidupan ditempuh setiap orang.
Jenayah menjejaskan semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama, jantina mahupun taraf pendapatan. Indeks kadar jenayah di negara ini meningkat keseluruhannya daripada 746 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada 2006 kepada 767 pada 2007 dan meningkat sehingga tiga peratus pada 2008.

Justeru, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang untuk mencapai pengurangan sekurang-kurangnya lima peratus dalam indeks jenayah setiap tahun untuk tiga tahun akan datang.

Jenayah jalanan menjadi keutamaan, maka KDN mensasarkan keberhasilan lebih cepat iaitu pengurangan sehingga 20 peratus jenayah jalanan menjelang Disember 2010 dan ia perlu dipandang serius.

Masyarakat perlu memainkan peranan sama untuk tekad menangani jenayah terutama jenayah jalanan dengan mengambil proaktif menggunakan teknologi sebagai medium utama memeranginya.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga Profesor Politik dan Pengajian Undang-undang UUM, Profesor Dr Mohamad Mustafa Ishak, berkata pendekatan pelbagai dimensi mampu mengurangkan jenayah terutama kes ragut "Salah satu daripadanya ialah penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi yang sudah dikenal pasti sebagai `hot spot'. Tiga asas utama berlakunya jenayah ialah niat, keinginan tinggi dan peluang.

"Di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah, CCTV digunakan secara meluas untuk menutup peluang penjenayah. Selain kekerapan rondaan polis, mereka membataskan niat, keinginan dan peluang berlaku jenayah dengan penggunaan CCTV," katanya.

Seorang gadis berusia 19 tahun, terpaksa menempuh saat menakutkan hampir 90 jam selepas diculik tiga lelaki, dan dilarikan dengan sebuah kereta dari bandar ini sebelum diselamatkan polis di Kuantan, Isnin lalu.

Mangsa, Siti Mardiana Omar, 19, dari Jalan Dusun Muda di sini, mendakwa dipukul sehingga pengsan sejurus dihampiri tiga lelaki ketika berjalan pulang ke rumahnya dari kedai berdekatan, kira-kira jam 6.30 petang Khamis lalu.

Beliau yang dikurung dan diawasi mengambil peluang melarikan diri apabila si penculik pergi ke tandas, malah berjaya juga mendapatkan telefon bimbit yang diletakkan berhampiran.

Ia bukti menunjukkan betapa pentingnya telefon bimbit pada masa kini yang perlu diberi perhatian apatah lagi hampir 98 peratus penduduk negara ini memilikinya sebagai kaedah berkomunikasi.

Sebaiknya, pengguna menaipkan nombor penting dalam telefon bimbit selain menetapkan talian 999 pada butang 1 yang membolehkan pengguna terus mendail nombor terbabit sekiranya berlaku kecemasan.

Jadi, pengguna tidak akan panik sekiranya berada dalam keadaan kecemasan dan hanya perlu mengingati untuk menekan butang 1 sekiranya terperangkap dalam keadaan genting.

Malah, pengguna mampu menelefon talian kecemasan walaupun ketika itu berada di luar liputan rangkaian telekomunikasi.

Kisah seperti Siti Mardiana bukan satu-satunya kes yang berlaku di negara ini malah telefon bimbit menjadi penyelamat penting ketika pengguna terdesak pada masa kecemasan.
Bukan sekadar membuat panggilan, telefon bimbit menjadi perkakasan penting yang membolehkan pengguna merakam wajah penjenayah atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada polis sekiranya apa-apa terjadi.

Tambahan pula, penambahan teknologi seperti sistem kedudukan global (GPS) meningkatkan fungsi telefon bimbit yang menjadi pilihan pengguna untuk perkakasan elektronik.

Manakala laman web yang khas yang memaparkan situasi jenayah di negara ini mampu membantu Salah satu pembekal perkhidmatan WiMax, AMAX membentuk jalinan kerjasama strategik dengan laman web Malaysia Crime sebagai usaha syarikat itu membantu membina masyarakat Malaysia yang lebih aman.

Kedua-dua syarikat itu bekerjasama dan mendapat sokongan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menyalurkan maklumat mengenai statistik jenayah melalui lama web Malaysia Crime iaitu www.malaysiacrime.com dan www.amax.my.

Laman web Malaysia Crime menggunakan rekod berita dan platform sumber daripada orang ramai untuk mengumpul data, membolehkan pengguna menjejaki kekerapan dan cara jenayah berlaku di sesuatu kawasan dengan menggunakan paparan di dalam peta negara Naib Presiden Operasi dan Pemasaran, Amax, Ahmad Shah berkata syarikat itu akan menggunakan kepakarannya dalam komunikasi bergerak berkelajuan tinggi untuk membantu dan menyokong PDRM melalui kerjasama dengan Malaysia Crime serta aktiviti kemasyarakatan.

"Kami berpegang kepada hak semua rakyat Malaysia yang hidup, bekerja dan bebas bergerak dalam masyarakat sama ada siang mahupun malam tanpa rasa takut terhadap jenayah. "Sebab itu kerjasama ini diwujudkan bagi meningkatkan tahap kesedaran orang ramai mengenai keperluan kita bekerjasama sebagai satu komuniti untuk berdepan dengan masalah yang dihadapi semua rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu, pemilik laman web Malaysia Crime, Kegan Gan berkata matlamatnya adalah untuk membantu rakyat Malaysia memerangi jenayah dengan menyalurkan maklumat yang terkini, tepat dan data masa kegiatan jenayah berlaku secara percuma dengan melayari kedua-dua laman web itu.

Lebih mengagumkan, Facebook, MySpace dan laman sosial lain boleh membantu mengurangkan kadar jenayah apabila ia bertindak sebagai pengesan wajah atau pemberi maklumat berkaitannya.

Penyiasat polis di Moon, Amerika Syarikat, Reg Humbert, misalnya memulakan harinya dengan menyemak laman sosial untuk mencari maklumat yang boleh dikaitkan dengan kes tertentu. "Teknologi amat baik dalam menentang jenayah, kami akan mengesan individu yang meninggalkan jejak di laman sosial kerana selalunya inilah tempat untuk menjejaki mereka," katanya.

Sementara itu di Washington, polis mula menggunakan GPS yang bertindak sebagai penentu titik lokasi untuk sebarang kejadian jenayah bagi menganggarkan lokasi kejadian seterusnya.

YouTube pula digunakan Bahagian Polis Indianapolis untuk menghantar video yang diperoleh di tempat kejadian seperti rakaman CCTV.

Kaedah terbabit menyebarkan maklumat kepada orang ramai yang boleh membantu mengesan penjenayah.

Manakala polis Baldwin Borough menggunakan perkhidmatan 'Kanak-kanak Hilang' yang menghantar 1,000 panggilan seminit ke kawasan perumahan dan premis perniagaan di kawasan kanak-kanak hilang.

Bukan itu saja, kereta polis di jabatan terbabit turut dilengkapi teknologi 'Noptic Thermal Imagers' yang mengesan pergerakan suhu badan manusia, binatang atau kenderaan.

Ketua Jabatan, Micheal Scott, berkata kenderaan dilengkapi teknologi terbabit berfungsi mengesan manusia yang berselindung di sebalik semak atau kawasan berkayu.

0 comments: