Selamat Datang!! Alif Dapat RM1029 Bulan ini Dgn Blog ni..CARANYA? Klik Adertlets Bawah ni

Saturday, February 27, 2010

RTM ulangi Kesengalan Berterusan

MINGGU lepas ketika CAK melayan perasaan di bilik hotel masa bercuti sempena cuti Tahun Baru Cina, terkejut beruk bila tiba-tiba iklan Hari Raya Aidilfitri dimainkan oleh stesen televisyen RTM1
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhB-GLSB39prSKDFBANJGLg_DGo4TFl-pohNfo2-QP-DZCgEVdKYES9XUMw4XQvJPrzwbbkY4ALJALlkyrMFE8uwStcO8lfoGFEL1DT69LvicFBfi3LbzVg-LEWKAQ2jIGsOBqK3SM1NR8/s400/rtm.jpgRTM.BANGKITLAH RTM..jgn sengal..
kadang2 tu..sarikata dia selalu berterabur.hampeh tul la diaorang buat kerja.bila ada filem tak best yg akan keluar minggu depan.dia duk promo ulang tayang berkali kali.lepas tu bila ada cerita blockbuster best akan keluar minggu depan.tiba2 jer keluar..tanpa promo..byk lagi kelemahan sengal..malas aku nak tulis.


Mentang-mentanglah sudah jam 2 pagi, main letak saja iklan yang bukan-bukan. Jangan ingat CAK tidak menonton televisyen waktu begitu. Kalau bukan CAK pun, mesti ramai spy CAK yang akan beritahu. Promo raya itu sebenarnya satu promo untuk siri popular di stesen televisyen itu, Gerak Khas.


CAK kadangkala rasa macam nak beri sokongan kepada RTM yang sememangnya kurang penonton, tapi bila berlaku perkara ‘bodoh’ seperti ini, naik malas nak menontonnya. Maklumlah, bukan main lagi menyeru untuk memutarkan iklan mengenai jiwa 1 Malaysia tapi yang keluar, mengecewakan.


Betullah kata beberapa teman CAK yang bertugas di situ yang merungut dengan sikap ramai pekerja yang memang tidak menjalankan tugasan dengan betul. Mereka hanya melepaskan batuk di tangga. Sepatutnya masalah seperti ini tidak sepatutnya berlaku kepada sebuah stesen televisyen yang jauh pengalaman daripada aspek penubuhannya.


CAK harapkan pihak atasan di RTM dapat memantau masalah remeh seperti ini supaya tidak berulang lagi pada masa depan.

Kata teman senior yang sama dalam cerita Istana Budaya: “Ini bukan pertama kali RTM buat kejutan!”



BANGKITLAH RTM..jgn sengal..
kadang2 tu..sarikata dia selalu berterabur.hampeh tul la diaorang buat kerja.bila ada filem tak best yg akan keluar minggu depan.dia duk promo ulang tayang berkali kali.lepas tu bila ada cerita blockbuster best akan keluar minggu depan.tiba2 jer keluar..tanpa promo..byk lagi kelemahan sengal..malas aku nak tulis.



0 comments: