Selamat Datang!! Alif Dapat RM1029 Bulan ini Dgn Blog ni..CARANYA? Klik Adertlets Bawah ni

Friday, February 26, 2010

Padah ketagih video lucah >Berita Seks


BESUT: Akibat ketagih klip video lucah dimuat turun melalui telefon bimbit, seorang pelajar tingkatan empat sanggup berhutang sehingga RM1,000 daripada dua rakan perempuan sebayanya yang bertindak sebagai pembekal klip video terbabit.
Namun, gara-gara tidak mampu membayar hutang berkenaan,
dia terpaksa menjadi duri dalam daging bagi keluarganya dengan ‘merelakan’ rumahnya di Jalan Haji Wan Latiff, Jertih, dekat sini dipecah masuk.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata pelajar terbabit terpaksa mengambil jalan pintas dan mencadangkan agar dua rakannya itu memecah masuk rumahnya apabila dia bersama keluarganya pergi bercuti di Kuala Lumpur Khamis lalu.

Menurutnya, ketika keluar rumah, bapa pelajar terbabit yang berusia 50-an mengunci semua pintu dan tingkap rumah dengan baik, namun gadis itu bertindak merenggangkan kunci untuk memudahkan rakan perempuannya masuk ke rumah berkenaan.

Keluarga itu kemudian pulang pada hari berikutnya dan mendapati tingkap rumah diumpil manakala rumah berselerak sebelum mendapati tiga rantai emas, satu gelang dan cincin emas milik ibu pelajar itu yang disimpan dalam bilik utama hilang.

Berikutan kejadian itu, bapa pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jertih kira-kira jam 11.30 pagi Jumaat sebelum sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian.

Kamaruddin berkata, selepas menjalankan pemeriksaan, anak mangsa yang ketakutan menelefon seorang anggota polis dan mengaku dia tahu siapa yang memecah masuk ke rumahnya itu.

Pendedahan mengejutkan itu membawa kepada siasatan lebih terperinci terhadap anak tuan rumah dan membongkar modus operandi dirancang ketiga-tiga pelajar perempuan itu.

Ketiga-tiga suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jertih untuk diambil keterangan berikutan pembabitan mereka dalam kejadian berkenaan.

Berikutan itu, semua barang kemas yang hilang dijumpai semula dan mereka dilepaskan sebaik saja selesai memberi keterangan.

Kamaruddin berkata, kejadian itu jelas memerlukan pembabitan semua pihak bagi membanteras salah laku pelajar dalam kegiatan memuat turun klip video lucah terutamanya di sekolah.

“Pemantauan perlu dilakukan ibu bapa dan pihak sekolah bagi memastikan tiada klip video yang tidak bermoral dalam telefon bimbit pelajar dan mereka boleh melakukan pemeriksaan untuk menghalang pelajar menyimpan klip video terbabit.” katanya.

Katanya, pelajar turut perlu didedahkan mengenai kesalahan menyimpan klip video seumpama itu mengikut Akta Multimedia.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan dan pecah rumah dan pihaknya sudah memanjangkan kes kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.



0 comments: